Selepas bersahur tadi Ina tergerak hati untuk buka fb messenger. Ya Allah... ramai rupa nya yang pm persoalan mengenai recheck ni. Rasa bersalah sangat sebab tak perasan. Maaf kan patik :(
Ina sebenarnya sangat berbesar hati dapat membantu meleraikan persoalan kalian semua. So... ini antara soalan-soalan yang ditanyakan:
1. Kenapa kena consult dengan lecture dulu?
Wallahualam... Ina dari AIKOL, agak kurang tahu management dari kuliyyah lain. Boleh dikatakan procedure untuk recheck kena consult dengan lecture yang mengajar subject itu. Sebab nanti pihak office akan tanya "Lecture cakap apa?". Maybe untuk tahu wajar ke kita buat recheck ni kang nanti melayang RM50. Tak silap Ina, lecture yang mengajar kadang akan dipanggil dan ditanyakan kenapa budak ini fail? or budak ni perform tak dalam kelas? or macam mana tingkah budak ni?. So bila korang dah consult dulu nanti takde lah lecture korang tu terkejut pulak tiba diaorang dipanggil.
2. Lecture yang mengajar ke yang akan tanda kertas tu?
Nope. Lecture yang mengajar takkan tanda or semak kertas jawapan kita tu. Dia hanya akan memberi pendapat apabila ditanya. Biasa nya dalam 3 orang lecture yang akan tanda. So ada dalam 3 peringkat semakan yang akan dilakukan. Tapi tu bergantung jugak kepada jumlah lecture yang ada. Boleh jadi jugak seorang lecture sahaja. Bila dah banyak peringkat semakan ni fefaham je lah lama mana masa yang diambil.
3. RM50 tu nak dibayar ke dalam akaun IIUM yang mana?
Ina taktahu pulak pasal ni. Yang Ina tahu.. selalunya, kena pergi office kuliyyah memasing mintak borang recheck dekat akak kerani tu. Isi borang and on the spot bayar RM50 Cash.
Pesanan dari sahabat yang pernah melalui pengalaman rechecking paper:
Yes, recheck salah satu ikhtiar yang kita boleh buat. Ikhtiar kita yang terakhir.. Yes, ramai yang cakap nak lulus just 0.01% je tapi tetapkan lah hati. TAWAKKAL + DOA + REDHA. 3 benda tu kena seiring.. Jangan simpan harapan pada lecture. Tapi simpan lah harapan pada Allah and at the same time kena redha. Jangan berharap gilers sebab nanti kalau tak pass diri sendiri yang akan sakit. So redha la, mintak pada Allah. Kalau lepas Alhamdulillah, Kalau tidak, redha. Maybe usaha tak cukup lagi. Allah sebaik-baik perancang kan... manaa lah tahu bila repeat ni jumpa jodoh ke hehehe. Ingat, jangan terlalu berharap. Just buat biasa je. Jangan fikir sangat tapi sentiasa lah berdoa and usaha lebih lagi. Usaha sentiasa untuk ke office tanya pasal result recheck dah keluar belum. Sebab selalunya lambat.. way too slow! Kalau dia cakap result keluar seminggu dua lagi, satu bulan dua gamaknya. hahaha. So.. keep faith in Allah.
Sebarang pertanyaan lagi boleh pm Ina kat fb. Insyaallah Ina akan lebih alert :)
1 comments:
Biasanya kan, ambil masa berapa lama ya untuk tahu result kita?
Post a Comment