Wednesday, June 22, 2016

De'Xandra Perfume fenomena

Posted by ina at 2:05 AM 0 comments
Assalamualaikum :)

Tiba rasa sayu teringat dekat roommates tersayang pulak pepagi buta nie. Mengimbau balik gelagat memasing saat stress dengan exam. Teringat jugak malam beberapa hari sebelum final paper try perfumes De'Xandra yang botol kecik tu.. Yang harga RM10 sebotol. Harga mampu milik gitu and yang paling syok mudah je nak bawak travel dan dibawa solat. Walaupun harga murah tapi bau setanding dengan perfume yang ori.

 Apa yang Ina suka diaorang tak suka. Apa yang diaorang suka Ina tak suka. Nampak sangat setiap individu ada personality yang tersendiri. Bayangkan ada dalam 10 botol perfume yang kitaorang bau. Sakit nya hidung, dah lah kopi takde untuk normal kan balik deria bau tu. Sampai tahap tak boleh nak bezakan bau yang mana. Sekejap tadi rasa macam tak wangi, sekejap pulak rasa macam bau tu best. Selepas itu, kitaorang short list kan kepada 3 section. First golongan bau yang best, second bau yang biasa je, third bau yang agak kurang minat. Tapi apa yang Ina boleh katakan overall bau perfume De'Xandra ni best!

Ina sebenarnya kurang gemar dengan perfumes. Pening kepala dibuatnya tapi entah kenapa terpikat dengan bau Coco Mademoiselle by Chanel. Bau dia sweet, white floral and citrus. Ina buykan jugak untuk emak Rose Essential dari Bvlgari. Bau dia more sweet, floral, rose and powdery. Ina paling tak suka orang pakai perfume sebatu dah boleh bau. Perghh menusuk hidung tu jangan cakap lah. Tak mandi agak nya puak nie, curah perfume je pepagi sebelum pergi ke kelas. Ina suka dengan botol kecik ni sebab kita calit je dekat tangan dan leher sikit so bau tu just so nice. Hanya mereka yang berdekatan je bau. Diri sendiri pun tak pening. Kulit yang kena perfume tu tak rasa gatal ataupun panas. So.. cun !




Nadrah tertawan dengan My Burberry dari Burberry. Bau dia tak kuat sangat and fresh. Alya pulak suka Bomshell dari Victoria Secret dan juga Zahra inspired by Zira isteri Nabil tu. Bau dia fresh and ada bau citrus jugak. Alya so sweet, semalam dia hadiahkan Ina Petite Cherie by Annick Goutal. Limited sangat sebab baru je keluar. Bau dia pun tak kuat sebab more to fruity and sweet. And of course bau dia mahal gitu sebab harga perfume ori dia dalam RM1000++

Sebelum mulakan peperangan dengan buku memasing calit perfume dekat badan konon nya sebagai terapi diri untuk lebih tenang semasa study. Tapi betolkan... bila kita bau wangi kita akan lebih fokus dan dapat membantu kita untuk lebih absorb apa yang kita belajar tu. Takde dah rungutan "Wehhhh apa benda ni? Bila masa kita belajar. Aku tak faham". Yang kedengaran hanya lah "Weh... sedap nya bau. wangi" or "Sape oii pakai perfume memalam buta ni?" HAHAHA. Bila bangun pagi, bau tu still ada. Haaaa... mula lah rasa tak nak mandi sebab diri sendiri bau wangi lagi. Bilik pun semerbak aje bau wangi. Tiada lagi bau busuk or masam apabila seharian terperap dalam bilik. Yeah ! Part itu paling Ina suka. Kalau tak... bila bukak pintu bilik je bau masam terus terjah ke hidung. Isyyy. STRESS!

Lawak sangat bila teringat dekat telatah semua. Selepas itu duk canang dekat orang lain. Boleh dikatakan semua pakat beli De'Xandra mengikut citarasa memasing. Betol laa bau perfume ni melambangkan peribadi seseorang. Classmate Ina nie lembut je. Boleh dikatakan wanita melayu terakhir lah and dia minat dengan Marc Jacob and Katy Pery Purr, bau soft and sweet je. . Sangat sesuai dengan peribadi dia. Ina suka sangat sebab dengan perfume ni dapat eratkan lagi hubungan antara sahabat. Bergelak ketawa dan yang paling penting kita secara tak langsung tahu apa gaya yang orang tu minat. So sedikit sebanyak dapat lah membantu nak buy apa sebagai hadiah befday untuk diaorang nanti.

Tips untuk bau perfume lebihh long lasting:






Korang tahu kan vaseline? alah.. sure tahu lah. setiap orang mesti ada benda alah ni dekat rumah. Untuk bagi bau perfume tu lebih tahan lama, sebelum apply perfume tu dekat kulit sapu dulu vaseline sikit dekat situ, then baru lah calit perfume tu. Insyaallah bau akan lebih kekal.

Berminat?
Boleh hubungi Miss Lily. Jangan takut. Jangan segan. Miss Lily ni baik je orang nya dan sangat ramah.

*Kelebihan De'Xandra* Dexandra diinspirasikan dari perfumes berjenama ANTARABANGSA & mutunya setanding produk Antarabangsa. Dexandra tahan lama - melebihi 8 jam ATAU 1-2 hari jika serasi dgn si pemakai Ianya produk bumiputra (halal) & boleh di bawa solat Mudah juga dibawa ke mana-mana (ringan) Saiz besar RM60 (Promo Raya) & saiz tester RM10 Exc postage Ready Stock boleh klik page Dexandra by Lily or instagram @dexandrabylily Nak order boleh dm or ws 01132583765.




Chat Conversation End

Tuesday, June 21, 2016

Update on RECHECK paper

Posted by ina at 3:44 PM 1 comments
Selepas bersahur tadi Ina tergerak hati untuk buka fb messenger. Ya Allah... ramai rupa nya yang pm persoalan mengenai recheck ni. Rasa bersalah sangat sebab tak perasan. Maaf kan patik :(


Ina sebenarnya sangat berbesar hati dapat membantu meleraikan persoalan kalian semua. So... ini antara soalan-soalan yang ditanyakan:

1. Kenapa kena consult dengan lecture dulu? 
Wallahualam... Ina dari AIKOL, agak kurang tahu management dari kuliyyah lain. Boleh dikatakan procedure untuk recheck kena consult dengan lecture yang mengajar subject itu. Sebab nanti pihak office akan tanya "Lecture cakap apa?". Maybe untuk tahu wajar ke kita buat recheck ni kang nanti melayang RM50. Tak silap Ina, lecture yang mengajar kadang akan dipanggil dan ditanyakan kenapa budak ini fail? or budak ni perform tak dalam kelas? or macam mana tingkah budak ni?. So bila korang dah consult dulu nanti takde lah lecture korang tu terkejut pulak tiba diaorang dipanggil. 

2. Lecture yang mengajar ke yang akan tanda kertas tu? 
Nope. Lecture yang mengajar takkan tanda or semak kertas jawapan kita tu. Dia hanya akan memberi pendapat apabila ditanya. Biasa nya dalam 3 orang lecture yang akan tanda. So ada dalam 3 peringkat semakan yang akan dilakukan. Tapi tu bergantung jugak kepada jumlah lecture yang ada. Boleh jadi jugak seorang lecture sahaja. Bila dah banyak peringkat semakan ni fefaham je lah lama mana masa yang diambil. 

3. RM50 tu nak dibayar ke dalam akaun IIUM yang mana?
Ina taktahu pulak pasal ni. Yang Ina tahu.. selalunya, kena pergi office kuliyyah memasing mintak borang recheck dekat akak kerani tu. Isi borang and on the spot bayar RM50 Cash. 

Pesanan dari sahabat yang pernah melalui pengalaman rechecking paper:
Yes, recheck salah satu ikhtiar yang kita boleh buat. Ikhtiar kita yang terakhir.. Yes, ramai yang cakap nak lulus just 0.01% je tapi tetapkan lah hati. TAWAKKAL + DOA + REDHA. 3 benda tu kena seiring.. Jangan simpan harapan pada lecture. Tapi simpan lah harapan pada Allah and at the same time kena redha. Jangan berharap gilers sebab nanti kalau tak pass diri sendiri yang akan sakit. So redha la, mintak pada Allah. Kalau lepas Alhamdulillah, Kalau tidak, redha. Maybe usaha tak cukup lagi. Allah sebaik-baik perancang kan... manaa lah tahu bila repeat ni jumpa jodoh ke hehehe. Ingat, jangan terlalu berharap. Just buat biasa je. Jangan fikir sangat tapi sentiasa lah berdoa and usaha lebih lagi. Usaha sentiasa untuk ke office tanya pasal result recheck dah keluar belum. Sebab selalunya lambat.. way too slow! Kalau dia cakap result keluar seminggu dua lagi, satu bulan dua gamaknya. hahaha. So.. keep faith in Allah. 

Sebarang pertanyaan lagi boleh pm Ina kat fb. Insyaallah Ina akan lebih alert :)

Sunday, June 19, 2016

Re-check Paper

Posted by ina at 8:37 AM 0 comments
Salam Ramadhan...

Result exam Sem 2 baru sahaja keluar. Even kena troll sikit dengan pihak Yuaiyeh.. hmm kata nya 12 malam 17/6/2016 boleh check result. kita ni... tak keruan dah. bukak puasa pun rasa mcm tercekik je. alih- alih pukul 5 petang jugak baru boleh cek.
so... how was it?

silent....
silent.....
silent......

Sejak beberapa hari ini banyak sungguh persoalan on how to recheck paper dekat Iium Online.
Maka, inilah sedikit sebanyak yang boleh Ina kongsikan:
Sebelum itu.. bawak bertenang. Ina tahu sukar nak kawal sedih tu. tapi nak buat mcm mana kan?

1. Consult dengan lecture
Ini memang wajib buat or atleast inform lecture subject tu yang korang nak buat recheck. Nanti pihak Office akan tanya dah consult dengan lecture ke?  Zaman sekarang dah canggih, call or ws or sms mana2 lah yang senang. Mintak pendapat Madam/Sir/Miss wajar ke untuk buat recheck. yela.. kang melayang RM50 tu. Tapi better face to face dengan lecture tu. Boleh terus tahu dimana kesilapan tu. Sebenarnya bergantung pada lecture memasing jugak. ada lecture jenis "saya dah tanda sebaiknya. awak yang tak study" kalau yang macam ni... dalam result slip tulis F haaa better buat je recheck sebab takut tersilap dekat memana. Tambahan lagi kalau kita memang pergi kelas semua macam mustahil lah pulak F kan? Member ada je kena macam ni sebab Sir tu salah key in markah.. tapi kalau garde D fikir molek lah. kot kita yang sebenarnya memang salah masa jawab exam. Ina sarankan korang recheck paper bila result D and korang punya carry mark not so bad. Maksud nya lebih dari separuh or 20/40 and masa final exam tu korang rasa macam boleh je jawab, takde lah rasa tak boleh jawab terus. So, pergi consult...

2. Pergi Office 
Bila sudah consult and lecture cakap go on dengan recheck, pergi lah office department memasing. Mintak borang untuk recheck and sediakan duit RM50 cash. Sekarangkan cuti 3 bulan... Jangan duk gelabah sangat tunggu sem depan barulah pergi. First day tu cari Madam/Sir/Miss then pergi office then beratur add subject. Tapi kalau tu dah Last Sem means dah grad pi office NOW! Pihak Office akan layan or utamakan mereka yang grad ni dulu sekarang. Kira nya tarikh dekat bawah slip result tu untuk bebudak yang grad lah.. Untuk yang ambik short sem... Ina tak sure lah pulak. Boleh pergi office sendiri kot tanya.

3. Tempoh Menunggu.
No joke. Korang kena pergi Office hampir setiap hari untuk tanya bila result keluar. Benda ni bergantung pada Kuliyyah masing2 kot. Paling cepat result akan keluar sebelum cuti Midsem and paling lambat sehari before final examination slip keluar. Bawak bebanyak bersabar dan mengucap. Memang orang ofis akan kata nanti dia call or akan tampal kertas kat luar ofis. Jangan percaya. Ina sangat sarankan terjah je ofis tu sekurang nya sekali seminggu.

4. Nasihat
Better add je subject yang kena repeat tu. Kalau boleh add on9 Alhamdulillah. Kalau tak... add secara manual lah. Selamat beratur and Selamat mengejas jadual balik. Bila result dah keluar and kalau pass, subject tu akan di dropkan tanpa bayaran means takyah lah baar RM300 untuk drop subject, pihak Office akan dropkan untuk korang. Again pergi office untuk makesure subject tu sudah di drop and dalam result slip sudah bertukar status. PENTING! Kang tak saje korang kena pi jawab final exam lagi. Pointer akan naik bergantung pada grade korang dapat lah. Sementara itu.... kena pergi ke kelas and buat asgmnt macam biasa. Kalau lepas duit dikembalikan tak? hmm yang ini Ina tak sure. kemonn la beb. dah pass kot dah takde nak fikir RM50 tu lagi.

Ohh ya..

Recheck paper ni bukan untuk mereka yang fail je tapi kalau dapat C and rasa diri layak dapat A boleh la pi recheck jugak. Yakin ke? sebab recheck ni bukan sahaja boleh naikkan grade tapi... boleh turunkan jugak. Contohnya, kalau result dapat B korang pi buat recheck dapat C and that C akan kekal dalam result slip.

Apa pun... banyakkan lah berdoa. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan cepat putus asa. Ini semua DUGAAAN!



Thursday, January 15, 2015

My new year story

Posted by ina at 6:45 AM 0 comments
Tak syok mana nak beralih tahun. yela... masih ada 4 killer papers menanti. Lama gile exam... dari tahun lepas sampai tahun baru. ok. poyo. kikiki. but ia masih berbeda sebab nya.. ina sambut dengan my roommates ! takde sambut mana pun. after study sikit. terus movie midnight with my dearest sampai pukul 2 pagi rasanya. Nadrah tak join... sebab terlalu cuak nak exam. chill ok chill. kikiki.

candle light study with Nadrah. kiki. sweet tak ?



after dua paper straight... gap paper mcm dalam 5 hari. so... apa lagi kan ? berjimba time ! muahehe. Roommates day out bebehh. Motif dia.. nak buy hadiah befday my mom and buy barang for kak nik graduate dinner. hihi kali pertama and terakhir bersama. ina sendiri pun terkejut Nadrah yang ulat muka setuju nak keluar. aumm ! i loveee. Destinasi kami ? TS ! hihi sambil tu.. kita singgah Nu Sentral. jejalan sampai kejang kaki. Tabik kak nik yang pakai heel tu. ina yang pakai kasut takde tapak pun mcm nak tercabut kaki. apa pun... thanks semua :*

adik alya as jemputan khas. hewhew



For more. ina akan update pasal roommates ina. mau ? 








my wish for 2015 ? hmm.. wish tahun tahun lepas pun tak termakbul. huhu tp... how about less shopping for this year ? kiki mampu ke ? doa kan. tapi.. ina just berharap. all thing yang dalam perancangan berjalan dengan lancar. terutama bab belajar tu. risauuu sangat. tak nak repeat :( result keluar 28 nie. doakan ina plizz. cuti nie pun sekejap je. awal bulan 2 dah kena mula new sem.
tak sangka... tahun ni 21 tahun dah. why i feel so tua ? waaa cepat nya masa berlalu. alhamdulillah di pinjamkan nyawa lagi. 

So belum terlambat kan nak wish selamat tahun baru kan ? hewhew. masih bulan 1. Selamat memulakan tahun yang baru. ambik yang jernih buang yang keruh. Last year.. we learn. we play and have fun. Hopefully this year more fantastik ! Happy and Sihat sentiasa everybody. Insyaallah :D

shout out befday for my lovely mother and insan insan yang befday bulan nie jugak. Happy Birthday. thanks for being a wonderful mom. saranghea :*
070115 :)















IceScape with my little darling

Posted by ina at 6:12 AM 0 comments
icescape-ice-rink

Too many story.. tak tau nak mula dari mana. so step by step ok ? first... ina nak cerita my first time test buntut. kikiki. sape yang rasa buntut kebal boleh la try main benda alah nie. huhu
Sebenarnya ina nak try main da lama sangat tp... tk berkesempatan and takde yang sudi teman. huhu. Dulu dekat Sunway Pyramid ina siap buat muka comel nak masuk ni. tp k.o. huhu. so bila IOI Mall buka so excited ! yelaaa... dekat aje ngan uma. Bila tahu family nak datang happy sangat. memang niat number satu nak ajak Danish teman ina. hihi

price ? sekali sekala boleh la. kalau sokmo. boleh bankrup. ok. harga dia tu mcm berbaloi la. tp agak cekik darah bila kena bayar stokin la sarung tangan la. so mohon bawak sendiri ok ?  even orang yang nak masuk dlm teman pun kena caj rm5. paling sedih player tak dibenarkan keluar. only visitor aje boleh keluar masuk. cerita dia... sebelum main mohon makan kenyang2. bawak bekal air siap. 

Honestly.. ina tak yakin boleh berdiri dengan kasut tu. yelaa.. kasut roda pun tak pernah try then gedik pulak nak main. diri pun tak stabil huhu. Danish beria taknak masuk.... last dia pulak siap gaya nak nangis tak nak balik. tapi ina memang tabik la dengan Danish sebab dia bangun jatuh bangun jatuh non stop sampai biru buntut ! mula... dia tak mampu berdiri tp after couple hours bangun jatuh dia dah boleh meluncur ! ina ? hmmm berdiri tak bergerak. sob sob jatuh sakittt oi ! bukan takut sakit sgt tp sebenarnya... bila jatuh tu tak boleh bangun. sob sob ase nak meraung tengah gelanggang tu. 



ayah sempat tangkap video ina jatuh tertungging. huhu maluu ! tp takpe lah pengalaman kan ? belum cuba belum tahu mcm mana. ayah pulak beria beria taknak join. tkpe la ayah. next time ? hihi Danish tak habis duk ajak pergi lagi. Lain kali... Insyaallah.




Hebat tak gaya Danish ?

Bukti.. betapa banyak nya dia jatuh

Penat gile.. berhari baru hilang lenguh. bayang kan berdiri lama. nak stabil kan badan yang bambam nie. hmmm mohon faham. orang kata tak elok untuk girl. yelaaa. girl kan senstf. Bahaya ! 
We have a fun. alhamdulillah. miss you already Danish. Tahniah for jadi ketua kelas. Kakak sayang danish :*


Sunday, November 30, 2014

My November Story

Posted by ina at 7:25 AM 0 comments

Hai december ! Lagi sebulan untuk habis kan before new year. Cepat sangat masa berlalu and alhamdulillah... masih bernafas. Masih mampu menikmati hari hari bersama insan insan tersayang. Dalam tempoh sebulan.. banyak yang terjadi apatah lagi setahun kan ? Hihi. But now ina nak cite what happens for november. a very hectic month.... dying.
Ina jatuh sakit lagi for this month padahal baru 14/10 dapat mc. Tibe badan buat hal. Ina dan uia tak serasi ke ? Huhuhu kerap sangat jatuh sakit. Kali ni agak teruk sampai tak mampu bangun. Ponteng banyak kelas. Huhu waaa klinik tu jauh yang amat. Sius talk. Bayangkan kita ni tak mampu bgn nak kena berjalan berkilo meter semata nak pi klinik. Helloooo. Akal ada dok ? Buat pertama kali jugak la seminggu dua kali pi klinik. Tp sius klinik uia kedekut gileee ubat. Aduhaii. Sabar je la. Sebab batuk selsema makin teruk end up buy madu kelulut. Botol kecik harga rm85. Pergh pergh.. ina tak boleh la nak sembuh hingus slow slow. Tak keluar ! So hahaha jadi terkenal kejap gara gara buat bunyi yg sangat kuat. Maaf semua. And sampai hampir tiap kelas kena perli ngan sir or sir tgk semacam. Sir patut brsyukur... sakit pun saya datang kelas tau *bangga. Tp ina ase mmg musim org sakit la sbb after ina sakit semua duk pakat sakit jugk. Erk... ina bukan bawak wabak kan kan ?

Ina pi jumpa kaunselor ! Hahaha. For me sangat lawak. Yelaa masa sekolah punya la cuak kalau kena panggil now sukarela pi jumpa. Terbaikkk ina ! Tp kaunselor uia the best. Baik and ramah ! Cuak takut janggal mmg semua hilang. Tak merancang pun. Tiba sementara menanti kelas berikut aisyah terdetik nak pi. Ina on je walau hakikat jantung mcm nk tercabut. Kitaorg buat personality test. Alhamdulillah ina jadi kenal dgn diri ina and yang paling penting ketidakyakinan untuk ambik law berkurang. Ina syukur pergi and mybe akan pi lagi for more detail.

Spek baru coming soon ! Weeeee yang ini pun tak rancang. Mmg spek ina da belok. Ganas sgtttt. Tak boleh elak laaa. Ikut ayah. Kikiki. Kan da akhir taun so mcm mcm promosi. Alang alang tga ada sale. Why not kan ? Tahun dpn da gst. So.. buy jangan tak buy even spek ni baru nak masuk 2 tahun. Spek mcm mana ina pilih ? Hehehe rahsia. Nantikan... weh weh. Power ina pun agak naik. Mujur silau maintain 50. Hmm hadap la laptop banyak lagi wahai cik ina. Sob sob.

And... ina potong rambut ! Hmm sebenarnya nk dia potong hujung tp hambikkk kau. Sob sob pendek terus. Aim sebenar nak cuci rambut. And nipis kan sikit sbb ina sekarang cepat sakit kepala. Tp... waaaa bye rambut ku. Already miss u.

Bulan nie... mcm mcm asgmnt.. presentation and test. So dying.. mata kalah panda. Mcm org gile pun ada. And da capai tahap boring terlajak dgn makanan cafe. Hmmm . Tq aisyah sampai teman makan kat luar and jalan2. Hihi. Bulan ni jgk ina belajar how to handle people. Alhamdulillah.. moga segala berjalan lancar. Moga pengalaman nie mematangkan ina. This is life ! Berbagai kerenah.. but keep smile ~^O^~

Done prereg for new sem. Sgt sgt berharap apa yang ina dftr ina dpt ambik. Meanss no repeat. Doa kan ina pliz. Thanks ika sbb bantu ina prereg. Sgt terharuuu and hargai ! Hug*

my baby gold bikin cuak.. ingat kan camera rosak rupanya sbb kan screen protector agak kabur. So terpaksa la tukar baru. Ambk yang mahal terus. Thanks ayah !

Bulan nie... ina kering yang tahap melampau. Padah shoping sangat bulan lepas and awal bulan mybe. Waaaa. Tp shpng dpt lpskan stress tau. Tlg la mengerti apa ina ase. Sabun sabun pun da habis kena buy baru tp... no money. Mcm mne ?

Apa pun.. this final month for this year lets rock it bebehh ! Aumm. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Selamat cuti sekolah semua #^_^#

Tuesday, November 4, 2014

my pretty nail

Posted by ina at 5:42 AM 0 comments
Helloooo pretty  :D
this couple days ina obses with peel off nail polish. dah lama sebenarnya ina cari online but harga sangat sangattt mahal. tak berbaloii. satu botol berpuluh ringgit tak termasuk pos lagi. so hajat nak try tu tertangguh plus terbantut. suddenly ahad ari tu my rumet kat uia a.k.a classmate ajak pi SBU kat Bangi. kebetulan la kitaorang nie tinggal berdekatan so let go bebehh. sampai sana ina tak berhajat pun nak buy apa apa. sebab.. duit tak banyak and tudung dah berlambak. mcm mcm jenis ada. tak terpakai dah. so pusing and pusing... and ina ternampak la benda alah nie. apa lagi kan. grab terus laa. sebab harga rm17 and SBU buat promosi depavali off rm5 if pakai something pink. i mean,.. oh my goooooodddddd. gile apa ina tak buy. masa tu ada 4 jenis je. black, coco, blue and glilter. sebenarnyaa ina nak sngt ambik hitam ala ala gothik sikit. syokk apa tp... takut semua org pengsan pulak. and atas nasihat alya ina ambik jela coco. taknak bgi ketara.

mcm coklat.geram aje nak makan


apa yang ina suka... dia senang nak pakai. ala mcm nail polish biasa just boleh cabut dengan sangat mudah. kopek sikit dah tercabut. tak sakit pun masa nak cabut tu. and kuku pun tak rosak i mean tak mcm kesan pakai inai diy tu. perghh masa pakai panas gile sampai tahap nak nangis. hellooo i tak sanggup ok sakit untuk cantik. and buat kuku jadi nipis. so BIG NO. hasil dia pun tak cantik mana. mcm conteng marker kat kuku. tak glam tauu. kalau yg biasa kena ada remover segala... cerewet ok. mahal pulak tu. and tak bagus tuk kuku.  as long ina pakai yang ini. dua tiga hari tak terkopek lagi laa. still cun melecun. cantikkkk ! berkilau warna gtu. ina puas hati betol la. thumb up ! so for the girls yang mcm ina.. boring. kuku kosong je. tak berseri.. bosan dgn inai yang biasa. ini penyelesaian masalah yang sangat tepat. khas untuk muslimah hijabista. *ceehhhh
harga pun berbaloi. sebab ina rasa pakai berpuluh kali pun belum tentu habis. memang la 8 ml tu banyak mana je tp think la takkan sekali pkai 1 ml kan ?

snap curi curi time class malam.tq aisyah

classmate semua duk ingat ina pakai nail polish biasa. terkejut habis la muka diaorg bila ina ckp boleh peel off la. siap buat muka tak percaya.. nak test cabut lagi tu. huhu.. ingat ina teruk sangat ke haaa ? sobbb.sedih tau...and sebab ada membe yang rq nak jugak. mcm mana nak buy.ina search insta mereka mymalaeka. rm14 sebotol for 8ml. not bad la tp kena pakat buy ramai2. kalau tak tak berbaloi pulak nak bayar pos rm6 tu. tukang balas ws nie pun baik sangat. tabah je layan telatah ina yg agak cerewet. huhu. ina bank in pagi jumaat. petang tu diaorang terus pos. i suka tauu. ina bukan seorang yang sabar. kalau apa apa nak cepat je.



Bila pakai comot tak perlu risau sangat. for the beginner memang terkial sikit nak apply. but practise make perfect kan ? nanti boleh kopek je buang yang tepi tepi tu.takde hal punya.tip dia pakai kalau ala ala kering jangan sentuh lagi. tunggu betol kering baru nak letak second time punya.. sius talk senang sgt nak pakai. kalau nak pakai hari hari pun takde hal.. just tiap kali masuk waktu solat mohon tanggal kan. kang tak sah pulak wuduk tu. rajin gile la nak pakai buang pakai buang. 
and kalau kena air dia takkan hilang. warna dia pun tak pudar. lagi tebal letak lagi senang nak cabut for me. dia pun cepat aje kering. kalau nak pakai time rushing pun not a big deal.

Muka penat habis kelas. melantak time !


Terus... apply pink pulak. omo omo sukaaa gilaa kaler nie. cun right ? classmate ina cakap pelik tp cantik la. kira mujur ina tak buy hijau tau. Farah punya semangat menahan ina dari ambik hijau..teringat gaya dia. haha comel je... hihi.
tak silap ina kalau buy more than 3 botol dapat hadiah.
so apa lagi kan ? pi pakat ngn member nung.

sambil buat asgmt sambil cabut

kalau orang tak biasa tengok... memang la kan nampak pelik. tah apa apa budak nie..ikut sgt omputih.bla bla bla. tp masing ada style tersendiri and zaman dah maju...siuss ok.. ase tak ceria kalau takde warna warna..  please do your own things. as long ina tak buat benda bukan bukan... correct me when i wrong but do not judge me without knowing anything. my princple.. wear anything jangan risau apa orang kata yang penting kita confident.. i love my nail so much right now... thanks mymalaeka.

ok dah. sambung study. wish ina goodluck. still ada bbrpa paper to go.

 

InaLee Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea