Friday, August 22, 2014

Mek korea !

Posted by ina at 1:32 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam jumaat yang mulia.


Mourning day for malaysia...
mayat mh17 di bawa balik ke malaysia pagi tadi setelah sebulan lebih tregedi y menyayat hati berlaku. Al fatihah... moga roh mereka mendapat rahmat dari Allah dan sanak saudara tabah menjalani hari mendatang. doa ina insyaallah mengiringi nasib anak2 yatim. be strong !
Ingat nak pakai all black td tp.. ia suatu yg tidak ad dlm hadis or quran mcm tiru org kristian pulak and tak silap ada orang cakap hukum harus. So ina just pkai something yg tidak terlalu shining. Sekadar menghormati mereka yg telah pergi. *tak sure ayah pakai baju warna apa tadi*



Ok.. sebenarnya nak cerita tadi pi uma farah setelah sekian lama tak bersua muka. Rasa nya last form3 mybe. Dah bertahun tuuu.. keep in touch online jee.. Siti maryam pick up sakinah aiyah and effah around 9 lebih kat sekolah dlu baru ambik ina and then terus mencari uma farah. mujur tak sesat.. kalau tak satu hal pulak.. Farah sambung belajar dekat korea and mnggu depan dia da nak balik sana semula *korea you all ! running man tuuu* Sementara berkesempatan nie jumpa la kejap *sekejap la sangat.. 4 jam jgk* tanya khabar.. dengar kisah dia kat sana. Syokkk sgt ! Hihi da lama tak dgr farah bercerita. tak rugi ina bangun awal ari ni. wikwik. Mendapat info info yang menarik pasal feri yg terbalik tu. Erkk... ina kan duk dlm gua sejak bpe bulan nie.so taktau info lanjut. pasal korea selatan korea utara la. Perghhh belajar sejarah korea kita hari nie. Mendengar pengalaman farah kat sana.*muka farah ala korea cina sikit mmg boleh timbul kan salah faham*.bagaimana keadaan masyarat di sana. Sius talk apa dlm tv and realiti lain.. payah betol for korean muslim tuk survive... moga Allah kuat kan mereka. Paderi di korea yg bersungguh menyebarkan agama mereka. Dasyatt !
Tengok pic farah dekat korea. Cantik nyaaa ! Main salji segala. Syokk oii. *Ayah.. nak study oversea jgk bole ?*




Fatin and moon dalam pukul 11 baru sampai. Fatin ni jap je stay then balik dah. Husna pulak around pukul 12 baru muncul. rugi tauu tak dengar cite farah dari awal.Gambar pun tak jadi lawa. Tp alhamdulillah dapat berkumpul berkongsi cerita even tak ramai. harap nya ukhwah kita berkekalan. Amin...






Plus dapat dengar kisah pengantin baru. Hihi harap cik abang efa tak mara kitaorang bwk dia out berjam siap singgah warta lagi. Heeee aisyah pun dari nak keluar sekejap terus ponteng keje eh ? Ke ambik cuti. Hihihi .Thanks farah tuk makanan yg lazat tu. Kenyang ! Melayang diet ina. Hihi *diet la sgt*

Farah... selamat maju jaya di sana. Balik tahun depan ina nak kimcii pulak tau and biskut korea lagi.... weeee. Take care tau and alwys keep in touch *^▁^*

moga kita berjumpa lagi... *flying kiss

Wednesday, August 20, 2014

HASHTAG adanefa

Posted by ina at 8:06 AM 0 comments
16 ogos 2014 
my schoolmate yang sebaya umur telah selamat bertukar status dari cik kepada puan Effah. Kacip nie... sama sama drop addmath. muahehehe then lepak library.
Tahniahhh dear ! 

Honestly i do cry a little bit. sangat sebak saat suami effah pakai kan gelang. Bukan menangis sbb sedih efa kawin dulu dari ina. no no no ! tapi air mata kegembiraan. kesyahduan. omo omo so sweeet ! 
cinta yang halal bermula. indah kan ?
Efa seorang gadis yang sangat baik.candy yang terbalut indah terjaga rapi. Jaga dia molek tau Adan. or i see u in court. heeee. 




wish u all the best effah.. isteri yang solehah. ibu yang baik insyaallah.
*tak sabar!
Jaga suami baik2. tak boleh dah nak manja ngan efa lebih2 dah. sob sob. berkahwin pada usia muda.. pasti banyak rencah nya. moga efa tabah... 
majlis 31 nie ina tak dapat hadir.. sorry :(
nanti.. korang snap pic banyak2 tau. moga segala berjalan lancar nanti.



Batch 11 nie memang kaki ambik gambar. sangat aktif bergambar ! sabar jela semua. huru hara musolla al amin bangi di buat nya. dari awal majlis sampai orang dah habis makan kitaorang still duk snap sana sini. mintak maaf efa kalau terganggu sikit.. apa pun korang the best. lovee korang sangat sangat. muamh setempek semua. tema coklat krim pink.. tengok pic semua ikut tema tak agaknya ? hehe
Woii ! ina nak pic.. mana nya manaaa ?? huhuhu penat menunggu pic sampai lama tangguh nak update. soo sorry. 

who next ? insyaallah kak atie 30 nie. tp sorry jugak tak dapat datang sbb my lovely sister kawin tarikh yang sama. tak sabar ! nanti ina story mory pasal kakak yang jelita pulak. Adios :D

xoxo
ina






Baby Gold

Posted by ina at 7:32 AM 0 comments
Helloooo you allssss.
Nak bagitau yg ina happy sgt sgt sbb dpt new baby.
Yeahhh ! thanks a lot ayah. Muamh. Cerita nya ayah janji kalau ina masuk degree ambik law dia kan buy phone baru. So insyaallah dlm 2 minggu lagi ina kan say bye bye to home and helloo uia gombak.
Asyik tertanguh nak buy sebab tak sure nak buy yang mana. Terlalu banyak choice sekarang nie. semua lawa and canggih.
Puas survey sebenarnya. Tak sure nak buy tel apa.
Ada 3 pilihan :
S5 or sony experia Z or note3 .
Ada yg suruh buy iphone tp... ina tak minat la. Bukan apa iphong ni tuk orang kaya aje. Segala nak berbayar. Lol.
Note 3 ina syuhh awal2 sbb dsgn dia agak besar. Entah la... tak memikat hati sgt. Kecuali y kaler pink tu. Haha tp takmoo girly sgt. Apa y penting ina nak phone yg boleh kena air tentunya...



So ina pilih s5 ! Sbb dsgn dia smart dari sony. Dia boleh security y mcm iphone. Scan ibu jari tu. Memang lah org kata kamera sony lawa... nak dengar lagu pun syok. tapi ina bukan jenis kaki dengar laju. just bila nak study and dlm kereta koz ina mabuk kete. huhu and ina dgr skrin sony cpat pecah. Ohh my. Ina da la lasak tahap gaban. Cuaii senang cakap.
Gold... cantik kan ? heee nampak lain dari yang lain sbb butang power dia pun gold. kalau yang lain tu silver biasa. Mak ayah kata nampak exclusive gtu. Buy dekat samsung centre sebab kalau kat luar tak sure betol ori ke tak. murah dua tiga ratus tapi... kot la dyorg ada tukar mana2 ke. nak selamat buy kat tempat dia.

Galaxy wonder ina yg ina pakai sebelum ni mmg terbaik. Jatuh banyak kali pun skrin tak pecah. Sampai tercabut bateri sgala still cun. Cuma... dia kuat hang ! dah 2 tahun lebih pakai. So msti la kan... kadang tu ina tak boleh nak pickup call sebab dia jadi gelap. Sehari bpe kali nak kena on off. Sabar jelaa..
Memang s5 cepat panas eh ? guna sikit dah panas. risau !


kamera s5 pun apa kurang nya.. awesome jugak tau ~ Lepas nie boleh la selfie non stop. heeee.. habis la. dah takde sesi pinjam tel mak or sape2. No need camera 360 anymore. so big NO. flawless tau muka ina.. tipu bebenor... huhu.

Alhamdulillah.. thanks again ayah mak.
Doakan yang terbaik untuk ina.
and moga2 'baby' selamat sejahtera. boleh pakai sampai habis degree. amin.

Tuesday, August 12, 2014

ke KLIA ke kita

Posted by ina at 8:45 PM 0 comments


semalam.. hampir pukul 7 aisyah ambik ina kat uma. then stuck jem masa nak ambik maryam. omo omo omo. dah la si pemandu nie puasa. berbuka dalam kete lah jwb nya and solat mgrb kat petronas. sampai sekolah dah pukul 8 lebih. Nurin ws dia masuk pukul 9. ok.... si aisyah pecut sakan. 140 ! dah la hujan. kecut perut ina tp selamat laaa telan 1 bungkus nasi goreng pataya. muahehehe.and tulisan dekat kad dah tak nampak rupa. dengan gelap. dengan bergegar segala. sepatutnya sejam jadi 30 minit aje. woww ! dasyat.
tp mujur dia pecut.. kalau tak mmg tak sempat jumpa si nurin nie. Mimi pulak sesat. cuakk jugak takut dy tak sempat jumpa. sampai tu sana tkd la jn ayu2. mmg gaya berlari... ina ase jumpa dlm 5 minit je. sbb masa tu da pukul 9. muamh3 kiri kanan and snap 1 pic then byee. tak sempat nak sedih feeling2. huhu


apa pun... selamat maju jaya nurin. tempat orang tu perangai molek tauu. 
thanks aisyah for everything.... sampai uma dah hampir pukul 12tgah malam. nasib lah bakal pengantin balik lewat2. efa nie patut dah kena kurung hihihi. last kot with kawan2 sblm bertukar status. berdebar kitaorang bawak bakal pengantin nie out.. mujur tak jadi apa2. Alhamdulillah semua selamat.


Selamat jalan Nurin !




MISI 10

Posted by ina at 8:11 PM 0 comments
Hai semua.. Raya melayu sebulan kan ? so belum terlambat la untuk ina wish. hihihi.  Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.
acene raya ? best tak ? duit raya ? for me... duit raya memang k.o ! paling teruk tahun nie. sedih molekkkkk. sob.

Ahad lepas... ina dengan schoolmate buat kerja gila. beraya 10 buah rumah dalam masa satu hari. dari pukul 9 sampai pukul 6. gilaaaaa sangat ! meletup perut di buat nya. ina for the first time surender tgk mknn. penuhhh sgt. huhuh. tak ramai yang dapat ikut. tp yg ada nie pun dah terbaikk.




10 buah rumah.. 10 orang.. pada 10 aribulan. cantik pulak daahhh.

habis rumah muallimah kitaorang serbu. thanks aisyah jadi manager. hihi thanks maryam and khadijah jadi driver kitaorang. thanks muallimah semua sbb sediakan makanan lazat sangat. mujur ina join beraya nie... kalau tak muka ina pun muallimah kan lupa. sedih la seposen bila ada yang cakap... ingat muka tapi lupa nama. hmmm hmm hmm *crying.
nak tau topik paling hangat ? kawin ! efa and kak atie coming.. and who next ?

aisyah... tahun depan takmo mcm nie lagi. semputtt. balik terus pengsan zzz. mmg syok tidur. perut kenyang and penat ! kita buat dua hari beraya keeee....

byee





 

InaLee Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea