Thursday, July 17, 2014

Kisah hari ini

Posted by ina at 10:17 AM 0 comments

Assalamualaikum ! Hello ! 

Alhamdulillah... seronok sangat hari ni :D
dah lama tak dapat out shopping sama2. even penat berpuasa tapi itu tidak boleh dijadikan alasan enggan mengeratkan ukhwah. 
Sakan berjalan kat mid.bersenam kaki gituu.. tolong budak yang bakal fly nie cari kasut. biasa la girl shopping macam mana.. nak story ke ? takyah la kan... hohoho. and...terserempak dengan Neelofa dekat Bata. makkk aiii cun gila sih. ternganga kat situ jugak.
lepas nie masing da nak bawak diri... Moon pun bakal fly tak lama lagi. 
Mira... kita je yang stay Malaysia sob sob :/


Bye Ira....
Jaga diri molek kat tempat orang. dont notty2 tauuu.
keep in touch ! sorry tak dapat hantar kat KLIA 25 ni... huhu. takpe. doa dari ina akan sentiasa mengiringi anti :*
gonna miss you darling :(

Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan.. tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya - Imam al Ghazali



Thanks a lot for today girlsss....

Balik je rumah terus cek offer letter. Uia da janji hari ni keluar.. kalau takde lagi memang saje sangat dah. nak bape kali postpone pulak kan ?

so...

TADAAAAAA !!!



Alhamdulillah... hajat ayah termakbul. Bila ina boleh dapat tel baru eh ayah ? 
*angkat kening
Doakan ina... moga ina dapat terus perjuangan ini. Takut kecundang.tak boleh go on.. takut hampakan ayah. Kalau ina tak dapat tunaikan harapan dia.. siapa lagi kan ? dah la kalau nak jadi doktor memang ina dah surender habis. DARAH ! oh my ~
No matrik lawa lawa ni payah oooo... senang orang nak cek carrymark kita. tak aci !

LAW ? 
LAWYER ?

Insyaallah..
IIUM Gombak ke kita :)

Now pening nak uruskan apa yang perlu... bila nak pi bank in nya...... aih. 
cgpa pun lupa ! taram je boleh tak ?? macam mana nak isi. aiigoooo.
Go ina GOOOOOO *pocopoco




yang paling penting mahallah dekat dengan kelas. *tak dekat sangat pun.
harap dapat rumet yang baik. 
risau+cuak...

Jangan lupa doakan Zahin jugak... Moga dia cepat sembuh.
Akhon kuat ! sayu akak tengok zahin macam nie.... 



Ya Tuhan kami,
berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat 
dan peliharakanlah kami daripada azab neraka 
al Baqarah : 201




Wednesday, July 16, 2014

Doakan zahin

Posted by ina at 7:47 AM 0 comments

Assalamualaikum....

Sedih sangat tengok akhon macam gini. Kakak pulak yang rasa lemah. Dulu kakak masuk wad sebab lelah je. Zahin berganda pulak... lelah nya.. dengan bengkak bekas kena sengat tebuan dulu nya.  Stay strong Zahin ! Kakak sayang akhon. 
Kalau tengok baby lain tak terasa sangat sedih. tp bila kena dekat ahli keluarga sendiri haaaa baru tau langit tu tinggi rendah. Tak rela dan tak sanggup melihat. 

Ya Allah... hilangkan kesakitan yang dia lalui. Permudahkan lah segala urusan. Kami tidak sanggup melihat si kecil ini menanggung kesakitan yang Engkau berikan. Tabahkan hati kami. Sesungguhnya hanya pada Mu kami berserah. 
Kau Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Moga Zahin cepat sembuh... 
Kakak da tak sabar nak balik jumpa akhon. Nak dengar akhon berceloteh non stop. kakak yang suka bercakap nie pun kalah lawan akhon.
see you soon




Green Henna

Posted by ina at 3:51 AM 0 comments
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh

Ina nak share sikit pasal kuku ina yang sangat woowoow ! hampir membuatkan ramai yang terbeliak biji mata semalam. heeee.... sorry.
HIJAU babeeehh ~



i hate how it turn out. hmmm dekat tepi kuku warna dia lagi pekat. nampak comot sikit.. tak sekata ! and i cant really hate it because... it green :/

maybe.. cara ina pakai salah.tak wait sampai betol2 kering.. huhu.so ina try nak hilangkan sebab mak pakat gelak cakap kuku ina macam hantu. waaaa.
macam2 cuba.. gosok dgn scrub bodyshop la..rendam air garam la... try dengan cuka la. tapi tak hilang ! kira power la inai nie... nanti raya basuh pinggan segala takde la inai jadi pudar, tak perlu penat nak touch up sokmo kan ?

spoil dia just more gelap kat tepi kuku je. tapi... sius talk cantik warna dia. hehehe. *pic blur tu.
semua orang terkejut sbb nampak rare sangat kot. jangan risau ok ? halal... boleh bawak solat.
Inai tube tak mcm inai homemade.. pedih pakai. tak sanggup!
ina sebenarnya nak buat green homemade inai sendiri tapi tu la... tak tahan panas kapur tu. so ina usyar ig. and ina jumpa inai tube. Rm7 je. warna pun nampak cantik sangat... tak banyak yang ada warna hijau.
tersangat menarik tertarik. end up buy.


Dapat percuma mask muka and kalendar.yeaayy ! orang yang jual nie ramahhh and baik sangat.hari ni bayar esok dia da pos kan. kalau ws cepat je dapat reply. Honestly ina benci orang jual on9 yang.. mcm endah tak endah. balas ws lambat sgt. kita komen ig dyorg berhari baru balas. punya laa semangat nak buy terus spoil. so kepada yang berminat boleh usyar ig meeqascollection 

Selamat membeli and jangan lupa snap pic untuk ina. mau lihat hasil dekat jari korang... ina ase ina sorang je yang pakai tak menjadi. kuku ina tak elok kot. sob... sebab tukang jual kata inai ikut aliran darah.

apa pun ina puas hati dapat kuku hijau. weeee..

unik itu kan lagi menarik.

be different be you <3




Tuesday, July 15, 2014

Iftar bersama schoolmates

Posted by ina at 4:33 PM 0 comments
Hello Lovely 

'If a friendship lasts longer than 7 years, psychologists say it will last a lifetime'

Benar kah ?




But first let us take a selfie. kuang kuang ~

Sebenarnya tiada perancangan yang rapi pun untuk perjumpaan ini. sekadar nak jumpa Basirah sebelum dia fly sambung belajar. 
sob sob sob... gonna miss u darling :* 
after nie Moon and Nurin pulak bakal menyusul... *ayah ! nak fly jugak pliz.
Tak ramai yang dapat turut serta tapi ia sudah cukup memadai..

Though miles may lie between us we are never fall apart. For friendship doesnt count miles. Its measured by the heart. *ceawahhh

so kami putuskan nak memeriahkan lagi Iftar Perdana sekolah. Senang sikit... takperlu nak book tempat makan segala.


Rindu sekolah ! haaa... masa dulu punya lah liat nak pi. sekarang ambik kau.

Best gilerr bacaan adik2 tahfiz form2.. bikin Ina melting sakan hihi. terharuu sangat. lunak betol alunan bacaan mereka. *mujur korang f2 kalau tak.. Ina pi masuk meminang. Makanan Iftar dan moreh pun alhamdulillah sedap... bertambah nikmat tatkala makan bersama celoteh sahabat2 yang dirindui.. gurau senda dan gelak tawa memang penambah perisa membuatkan ia menjadi lebih istimewa. Yang paling penting dapat bertanya khabar dengan muallimah2 yang selama ini banyak menabur bakti memberi ilmu tanpa rasa jemu kepada kami. Setahun berapa kali je dapat berkumpul.. Rindu oii

In life.. we make so many friends. but friendship is not whom you known the longest. It is about who come and never left your side. 
Some of friend become dearest.. some become special.. some go abroad. some change their cities.. Some left us and we left some. Some are in contact and some are not. maybe coz of their ego or maybe coz of our ego. Whatever they are ... we still remember love miss care for them. Because of the part they played to make memories. 

to my friends..
Dont ever lose the wonderful persons you are.
Stay happy.. Stay healthy.. Stay YOU.
I will never stop being your friends and please dont ever stop being mine.

Kawan mungkin senang dicari.. tapi sahabat ? yang boleh terima kita seadanya.. yang sanggup melayan telatah kita. payah kan ?
masa berlalu.. buat ina sgt menghargai nilai persahabatan. Hargai apa yang ada. jangan kerana sibuk dengan urusan peribadi kita mengabaikan persahabatan. sebab... bagi ina. mustahil untuk jumpa insan yang sama macam sahabat2 kita waktu persekolahan.Perangai kita memang mereka sudah maklum.. all dalam poket. Masa itu zaman kita belajar erti hidup. tentunya sahabat ketika itu lebih mengenali diri kita. suka duka senyum tawa ketika membesar pasti akan melekat di hati selamanya. 

Since 2007 and still counting...


Salam Nuzul Quran :)



Thursday, July 10, 2014

Kehidupan ini Perjuangan

Posted by ina at 5:58 AM 0 comments
Kehidupan ini masih banyak misterinya.
Masih banyak yang perlu diterokai..
Masih banyak yang belum kita alami.

Kerana itu, kita perlu belajar melepaskan sesuatu yang telah terjadi.

Let past by gone be bygones

Kita kena akur dengan kehendak Allah. 
Jika itu yang telah diaturkan Nya untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk kita.

Tapi kita, 
bukan diam sahaja tanpa perlu usaha. 

kehidupan ini perlukan D>U>I>T 

D oa
U usaha
I khtiar
T awakal

Pegang lah DUIT.. 
Pasti segala nya kan berjalan lancar. 

Ambil yang jernih.. buang yang keruh.
Manusia tidak sempurna. 

Maka lapangkanlah hati kita duhai sahabat...

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. 
Suatu hari nanti kita kan nampak...
Apa yang diatur kan Allah.. itu yang sebaik nya.
Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang tentukan segalanya.

But

keep dreaming... 
nothing impossible in life 

Jika kita yakin.. Segalanya tidak mustahil !


Biar gambar berbicara


Dugaan kita tak sama dengan orang lain..
Tatkala terasa musibah yang menimpa berat..
Maka ingat lah.. 
Kita sebenarnya kuat !
Kerana Allah bagi halangan sedaya hambanya itu.

Wednesday, July 9, 2014

DIY cake cepat dan mudah

Posted by ina at 9:45 AM 0 comments



Hai semua.. 

Ina nak share satu resipi yang sgt membantu tatkala craving time bosan. Resipi nie cukup untuk sorang makan. so takde lah membazir bake banyak2 and bukan ada orang nak tolong habiskan.
 membazir amalan setan !

mudah kan ? bahan2 pun semua da ad dlm uma. tak perlu nak pi buy lagi. apa yang ina suka... tak cerewet ! senang bebenor buat.lepas tu tak perlu penat nak basuh bekas banyak2. 

Selamat mencuba :)

Bawal Aidijuma for Sale

Posted by ina at 4:12 AM 0 comments


Assamualaikum dearies... and Selamat berbuka puasa. sempena raya yang bakal menjelang tiba dalam bape minggu meh ina tunjukkan koleksi bawal adijuma yang korang boleh gayakan bersama baju raya masing2. konpem meletuppp meriah raya korang nie. Tengah promosi nie. Sehelai hanya Rm34 tidak termasuk pos. Harga sebenar Rm54. so sangat jauh beza kan ? cepat cepatt. sementara stok masih ada.1 dsgn ada sehelai sahaja tinggal. 







for more boleh wechat InaRamli or pm FB https://www.facebook.com/ina.ramli.10

material lembut.. senang di bentuk dan agak labuh dari bawal bawal biasa. and.. tak perlu di gosok. warna tidak kan lentur. corak nya pun cantik. paling ina suka... 1 tudung boleh buat pelbagai gaya. jimat ! orang ingat kita pakai tudung lain padahal sama jee. dan semestinya limited gituu. ada style la ~ 

kusyuk memilih 


penat tauu ina and family pi borong. esok nyaa mak..ayah..maksu.. all ! demam. alahai.. 

kalau ina pi ambik stok lain ina update lagi ok ?

adios. 




Green Tea

Posted by ina at 2:57 AM 0 comments
Sejak akhir nie ina sangattt kemaruk green tea.. mybe sbb dia green kot ? *angkatkening 



insan2 terdekat sokmo cakap 'tak habis2 ngan green tea' 'sedap sangat ke?' 'bagus sangat ke?' 'sejak bila jadi hantu green tea nie ?' 
minum teh biasa pun kalau tak letak gula tak syokk. so sama jugak, taruk gula sikit baru syok tapi ina lagi suka letak madu. 
green tea ni 2 in 1 tau... after minum. hapas dia tu jangan buang terus. lumur kat muka.. jadi mask or scrub ! kan dah jimat kat situ. tk payah susah2 buy mask pulak. kalau mask murah takpe jugak. nie satu mask harga rm5 jugak sekali pakai.  rugi sangat ! 


pic kindap google*

see.. mudah dan sangat jimat. after pakai memang ase muka segar sangat..licin..bintik hitam pun hilang tau..berseri gtituu. yang paling penting natural dan tanpa bhan kimia. kebanyakan orang main taram je segala benda .tak tgk dulu bahan2. the end muka osak. 

Tahap ketagih ina dgn green tea nie kritikal jugak.. masuk kedai nampak produk berasaskan green tea kaki nie laju je melangkah ke kaunter. bayar ! bankrup sih mcm gini. 

ok. mehh ina share apa yang bagus sangat dengan green tea nie. why ina soooo falling in love with it. Kepada yang ketagih tea biasa tu boleh la beralih arah.. sebab teh biasa tak elok ! gigi jdi rapuh and buruk tau. sangat berbeza dgn green tea.


siapa tahu dekat mana ina boleh dapat kan kitkat green tea ? ! tolong la.. merata ina cari. tersangat lah mengidammm tau. kalah orang mengandung nie. Seluruh Malaysia ina cari.. tp tak jumpa pun. sedih sgt sgt sgt ! :( 



baby.. where are you ? sob. sabar tau. akan kucari kamu sehingga dapat. 

ada jugak green tea yang dah di campur dgn benda lain. but for me... lagi suka pure green tea. lagi enak. lagi lagi kalau minum masa hujan. ymm ymm 




Moh kita pakat jadi cantik dan sihat :D 



DIY Inai Homemade

Posted by ina at 1:08 AM 0 comments
Assalamualaikum dan selamat petang..

 haa.... sekarang nie inai homemade yang warna warni memang tengah hot meletup letupp. harga sebekas pun paling murah yang ina jumpa harga rm10 tp... tak termasuk pos lagi. *puas cari dlm ig sampai tak tidur malam. so for me sangat sangat tak berbaloi buy. tp teringin sgt nak ase glam sempena raya nie. mau la something yg lain dari kebiasaan. jujur serik pakai inai biasa nanti org ingat dah kawin. lagi lagiii payah nak duit raya. *umur 20 pun masih nak duit raya. tahun lepas bpe buah uma org kata abg abg sepupu tu suami. gilerrr ! sedih :/
 The end ina search google cara cara nak buat.
 ceehhh.... senang aje rupanya. semua bahan ada kat uma.

 Kapur makan
 Sirap 
Sabun mandi( kikis pakai pisau ) or Axion ( bukan yang gel punya tauuu ) 

 nisbah 1 (kapur) : 4 (sabun). ina pkai sabun detol.. so wangi sikit

 pandai2 lah gaul sampai sebati.. warna tu anggar la. nak terang pekat letak banyak sikit. Tanpa AIR ! taruk air nanti tak menjadi pulak. then tunggu apa lagi ? letak atas kuku elok2.. guna cotton bud senang sikit and plizz jgn kena kulit. sebab kapur nie panas tau memang ase pedih gilaa. boleh crying *nak cantik perlu pengorbanan konon. tak perlu pakai lama2. anggar dah kering basuh bersih2.

 ina nasihatkan jangan pakai inai homemade ni sokmo sbb... inai nie kan di buat dari kapur... boleh mnyebabkan kuku jadi nipis dan bengkok. nak cantik pun berpada lah. nak kuku cantik dan sihat pi tumbuk inai daun tuu... tanpa bahan kimia lagii bagus  !


.                   
 tadaaaa ! hasil nya. maaf lah. kamera phone murah.. cenggini la hasil nya.

 Selamat mencuba :)
 

InaLee Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea