Sunday, November 30, 2014

My November Story

Posted by ina at 7:25 AM 0 comments

Hai december ! Lagi sebulan untuk habis kan before new year. Cepat sangat masa berlalu and alhamdulillah... masih bernafas. Masih mampu menikmati hari hari bersama insan insan tersayang. Dalam tempoh sebulan.. banyak yang terjadi apatah lagi setahun kan ? Hihi. But now ina nak cite what happens for november. a very hectic month.... dying.
Ina jatuh sakit lagi for this month padahal baru 14/10 dapat mc. Tibe badan buat hal. Ina dan uia tak serasi ke ? Huhuhu kerap sangat jatuh sakit. Kali ni agak teruk sampai tak mampu bangun. Ponteng banyak kelas. Huhu waaa klinik tu jauh yang amat. Sius talk. Bayangkan kita ni tak mampu bgn nak kena berjalan berkilo meter semata nak pi klinik. Helloooo. Akal ada dok ? Buat pertama kali jugak la seminggu dua kali pi klinik. Tp sius klinik uia kedekut gileee ubat. Aduhaii. Sabar je la. Sebab batuk selsema makin teruk end up buy madu kelulut. Botol kecik harga rm85. Pergh pergh.. ina tak boleh la nak sembuh hingus slow slow. Tak keluar ! So hahaha jadi terkenal kejap gara gara buat bunyi yg sangat kuat. Maaf semua. And sampai hampir tiap kelas kena perli ngan sir or sir tgk semacam. Sir patut brsyukur... sakit pun saya datang kelas tau *bangga. Tp ina ase mmg musim org sakit la sbb after ina sakit semua duk pakat sakit jugk. Erk... ina bukan bawak wabak kan kan ?

Ina pi jumpa kaunselor ! Hahaha. For me sangat lawak. Yelaa masa sekolah punya la cuak kalau kena panggil now sukarela pi jumpa. Terbaikkk ina ! Tp kaunselor uia the best. Baik and ramah ! Cuak takut janggal mmg semua hilang. Tak merancang pun. Tiba sementara menanti kelas berikut aisyah terdetik nak pi. Ina on je walau hakikat jantung mcm nk tercabut. Kitaorg buat personality test. Alhamdulillah ina jadi kenal dgn diri ina and yang paling penting ketidakyakinan untuk ambik law berkurang. Ina syukur pergi and mybe akan pi lagi for more detail.

Spek baru coming soon ! Weeeee yang ini pun tak rancang. Mmg spek ina da belok. Ganas sgtttt. Tak boleh elak laaa. Ikut ayah. Kikiki. Kan da akhir taun so mcm mcm promosi. Alang alang tga ada sale. Why not kan ? Tahun dpn da gst. So.. buy jangan tak buy even spek ni baru nak masuk 2 tahun. Spek mcm mana ina pilih ? Hehehe rahsia. Nantikan... weh weh. Power ina pun agak naik. Mujur silau maintain 50. Hmm hadap la laptop banyak lagi wahai cik ina. Sob sob.

And... ina potong rambut ! Hmm sebenarnya nk dia potong hujung tp hambikkk kau. Sob sob pendek terus. Aim sebenar nak cuci rambut. And nipis kan sikit sbb ina sekarang cepat sakit kepala. Tp... waaaa bye rambut ku. Already miss u.

Bulan nie... mcm mcm asgmnt.. presentation and test. So dying.. mata kalah panda. Mcm org gile pun ada. And da capai tahap boring terlajak dgn makanan cafe. Hmmm . Tq aisyah sampai teman makan kat luar and jalan2. Hihi. Bulan ni jgk ina belajar how to handle people. Alhamdulillah.. moga segala berjalan lancar. Moga pengalaman nie mematangkan ina. This is life ! Berbagai kerenah.. but keep smile ~^O^~

Done prereg for new sem. Sgt sgt berharap apa yang ina dftr ina dpt ambik. Meanss no repeat. Doa kan ina pliz. Thanks ika sbb bantu ina prereg. Sgt terharuuu and hargai ! Hug*

my baby gold bikin cuak.. ingat kan camera rosak rupanya sbb kan screen protector agak kabur. So terpaksa la tukar baru. Ambk yang mahal terus. Thanks ayah !

Bulan nie... ina kering yang tahap melampau. Padah shoping sangat bulan lepas and awal bulan mybe. Waaaa. Tp shpng dpt lpskan stress tau. Tlg la mengerti apa ina ase. Sabun sabun pun da habis kena buy baru tp... no money. Mcm mne ?

Apa pun.. this final month for this year lets rock it bebehh ! Aumm. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Selamat cuti sekolah semua #^_^#

Tuesday, November 4, 2014

my pretty nail

Posted by ina at 5:42 AM 0 comments
Helloooo pretty  :D
this couple days ina obses with peel off nail polish. dah lama sebenarnya ina cari online but harga sangat sangattt mahal. tak berbaloii. satu botol berpuluh ringgit tak termasuk pos lagi. so hajat nak try tu tertangguh plus terbantut. suddenly ahad ari tu my rumet kat uia a.k.a classmate ajak pi SBU kat Bangi. kebetulan la kitaorang nie tinggal berdekatan so let go bebehh. sampai sana ina tak berhajat pun nak buy apa apa. sebab.. duit tak banyak and tudung dah berlambak. mcm mcm jenis ada. tak terpakai dah. so pusing and pusing... and ina ternampak la benda alah nie. apa lagi kan. grab terus laa. sebab harga rm17 and SBU buat promosi depavali off rm5 if pakai something pink. i mean,.. oh my goooooodddddd. gile apa ina tak buy. masa tu ada 4 jenis je. black, coco, blue and glilter. sebenarnyaa ina nak sngt ambik hitam ala ala gothik sikit. syokk apa tp... takut semua org pengsan pulak. and atas nasihat alya ina ambik jela coco. taknak bgi ketara.

mcm coklat.geram aje nak makan


apa yang ina suka... dia senang nak pakai. ala mcm nail polish biasa just boleh cabut dengan sangat mudah. kopek sikit dah tercabut. tak sakit pun masa nak cabut tu. and kuku pun tak rosak i mean tak mcm kesan pakai inai diy tu. perghh masa pakai panas gile sampai tahap nak nangis. hellooo i tak sanggup ok sakit untuk cantik. and buat kuku jadi nipis. so BIG NO. hasil dia pun tak cantik mana. mcm conteng marker kat kuku. tak glam tauu. kalau yg biasa kena ada remover segala... cerewet ok. mahal pulak tu. and tak bagus tuk kuku.  as long ina pakai yang ini. dua tiga hari tak terkopek lagi laa. still cun melecun. cantikkkk ! berkilau warna gtu. ina puas hati betol la. thumb up ! so for the girls yang mcm ina.. boring. kuku kosong je. tak berseri.. bosan dgn inai yang biasa. ini penyelesaian masalah yang sangat tepat. khas untuk muslimah hijabista. *ceehhhh
harga pun berbaloi. sebab ina rasa pakai berpuluh kali pun belum tentu habis. memang la 8 ml tu banyak mana je tp think la takkan sekali pkai 1 ml kan ?

snap curi curi time class malam.tq aisyah

classmate semua duk ingat ina pakai nail polish biasa. terkejut habis la muka diaorg bila ina ckp boleh peel off la. siap buat muka tak percaya.. nak test cabut lagi tu. huhu.. ingat ina teruk sangat ke haaa ? sobbb.sedih tau...and sebab ada membe yang rq nak jugak. mcm mana nak buy.ina search insta mereka mymalaeka. rm14 sebotol for 8ml. not bad la tp kena pakat buy ramai2. kalau tak tak berbaloi pulak nak bayar pos rm6 tu. tukang balas ws nie pun baik sangat. tabah je layan telatah ina yg agak cerewet. huhu. ina bank in pagi jumaat. petang tu diaorang terus pos. i suka tauu. ina bukan seorang yang sabar. kalau apa apa nak cepat je.



Bila pakai comot tak perlu risau sangat. for the beginner memang terkial sikit nak apply. but practise make perfect kan ? nanti boleh kopek je buang yang tepi tepi tu.takde hal punya.tip dia pakai kalau ala ala kering jangan sentuh lagi. tunggu betol kering baru nak letak second time punya.. sius talk senang sgt nak pakai. kalau nak pakai hari hari pun takde hal.. just tiap kali masuk waktu solat mohon tanggal kan. kang tak sah pulak wuduk tu. rajin gile la nak pakai buang pakai buang. 
and kalau kena air dia takkan hilang. warna dia pun tak pudar. lagi tebal letak lagi senang nak cabut for me. dia pun cepat aje kering. kalau nak pakai time rushing pun not a big deal.

Muka penat habis kelas. melantak time !


Terus... apply pink pulak. omo omo sukaaa gilaa kaler nie. cun right ? classmate ina cakap pelik tp cantik la. kira mujur ina tak buy hijau tau. Farah punya semangat menahan ina dari ambik hijau..teringat gaya dia. haha comel je... hihi.
tak silap ina kalau buy more than 3 botol dapat hadiah.
so apa lagi kan ? pi pakat ngn member nung.

sambil buat asgmt sambil cabut

kalau orang tak biasa tengok... memang la kan nampak pelik. tah apa apa budak nie..ikut sgt omputih.bla bla bla. tp masing ada style tersendiri and zaman dah maju...siuss ok.. ase tak ceria kalau takde warna warna..  please do your own things. as long ina tak buat benda bukan bukan... correct me when i wrong but do not judge me without knowing anything. my princple.. wear anything jangan risau apa orang kata yang penting kita confident.. i love my nail so much right now... thanks mymalaeka.

ok dah. sambung study. wish ina goodluck. still ada bbrpa paper to go.

Tuesday, October 21, 2014

20 Facts about me !

Posted by ina at 11:46 PM 0 comments
Salam satu Malaysia people :D
Yeaa tahu dah basi facts about me nie tapi.. ina nak buat jugak. Hihi. Stress baca note malaysia legal system. So tenang kan diri sekejap.

1. Tarikh lahir ina senang sangat nak ingat. 26 June 1994. Mohon ingat tiap tahun and jgn lupa bagi hadiah. Weeee. Kata mak betol doktor ramal tarikh ina muncul kat dunia. Kalau orang lain memang tak laa. Awal seminggu ke lewat sehari dua ke. Terror bebenor doktor nie. Tabik!
2. Ina lahir tengah hari. Sebab tu degil. Bak kata orang la bayi lahir tengah hari nie keras ati dan segala. Hmm mana ada. Ina baik je tau. *mohonpercaya.
3. Ina benci betol bila orang kata anak tunggal manja. Helloo ! Tak semestinya. At least ina mampu berdikari. Do semua sendiri tak harap orang. Anak bongsu sungguh manja. Sebab dyorg ada kakak abg nak depend.
4. Orang kan cakap ina sombong gile gile sebelum kenal. Yelaa ina bukan jenis org yg tegur dulu. Maluu la. Hik. Tapii kalau da kenal. Haaa ambk ko. Layan la ina yang non stop potpet pantang di beri peluang.
5. paling paling ina suka makan and shopping. Oh my ! Terapi peribadi tu. Rasa semua benda masalah hilang. tp lepas tu merana no mpney.Bab nie haa ina memang pakar. Tanya je kat mana murah. Kat mana sedap. Semua di hujung jari. Cehh
6. Kaki novel and movie.. bab novel uh memang tok mara la. Yela kalau da baca memang konpem tak bergerak. Tp ina blh hbs kan 4 jam 1 novel. Dasyat. Heee and ina suka yg kelakar happy go lucky je. Cerita sedih memang tolak tepi. Tak mahuu ! Takde makna nya ina nak layan sedih sedih nie.
7. Masakan pedas ina suka tapi... tak dapat tahan ! Tak pedas takde kick. Pedass memang berair hidung. Tp ina suka something y masam2 sikit. Sape y rapat dy tau ap y ina suka. Bab makanan ina suka try and error. Tu yg skrng bambam tak ingat.
8. Rumet cakap ina suka benor cakap 'mujur' dari 'nasib baik'. Ok. Ina pun tak perasan sebenarnya. Betol kah ?
9. Taktau knpa barang ina banyak warna hijau. Hee ina memang suka warna terang. Something yang ceria. Tu y lemah sikit jdi student law. Sokmo kena pakai baju taik cicak. Tak berkenan tau... tp sbnrnya. Bila tgk barang tu kdg tak smstny ina ambk warna hijau. Atas barang tu. Yang mana lagi menarik.
10. ina suka buat kerja ikut mood. Kalau takde mood. Haaa doksoh paksa la. Memang tak jalan punya. Tu yang bilik.. ayah kadang mampu geleng je. Weh weh. Mcm study jugak. Kalau push baca. Rugii bukan masuk pun.
11. Orang bese kalau nak exam stress gila. Panik. Cuak. Tp ina tak sukaaa. Dy wat ina gelabah. Kena cool. Nanti habis lupa. Tu kadang ase nak lempang je orang yang duk ckp aku takut la. Kena ni kna itu. Mcm mne kalau tak boleh jawab. Haihh. Nak gelabah. Pi sorang sorang. Jangan nak libat kan ina sekali. Tu yang ina boleh main game. Boleh layan movie. Mauhehehe. Love my parents sbb dyorg tak nah push ina study. I do it by my self. Kiss sikit mak ayah. Muaamh !
12. Buku buku ina wajib berbalut. Kalau tak.. sekelip mata. Adios. taktau la mcm mne org jaga buku tu cantik molek. Buku berbalut pun mcm nazak je rupa. Tp... ina tak reti balut. Tak punya kesabaran yang tinggi. Huhu habis semua orang la ina mintak tlg balut kan. Cehh ina benda mcm tu pun tak reti. Tp hakikat nya malas. Mauhehe.
13. Tak pernah buy kasut online. Ok. Tipu pernah sekali tp tak muat. Lepas tu terus serik. Kaki ni mcm tak betol saiz. Tengok kasut rasa nya. Kadang saiz tu ok. Kadang nak kena buy y besar sikit. Yang kecik sikit ke.
14. Tangan ina belok ! Kalau main bowling tu mmg awat diaorang pi buat longkang kat tepi tu. Mencik ! Tp ina suka je pi main. Kasi hilang stress.
15. Tak suka tempat yang ramai orang. Rasa lemas and rimas. Even pesta buku antarabangsa. And ina hantu buku. Tiap kali pergi... untung la ina boleh buy sedua buku. Ina suka tempat y tenang gitu. Sebab tu mybe ina suka lepak uma and bilik.
15. Tak reti melukis ! Haaa reti terap aje. Ina sokmo ngelet bab gitu. Mauhehe. Tp... ina dulu jd bab y keceriaan dan kebersihan tu tau. Kelas memang ina ubah jadi tadika. Heeeee. I love ! Arwah tokki sokmo gelak kan ina. Sob. Nak lukis kotak yang bese tu pun tak lepas apa tah lagi real melukis. Sumpah la jelez tahap max dengan orang yg pandai. Sebab tu kot ina ambk kos law. No lukis lukis no math !
16. Harry Potter ! Bayang kan since sekolah rendah ina baca novel nie. Memang hantuuu sangat. Baca berulang kali. My fav ever la. Honest ina lagi suka buku dari movie. Tp movie pun syokk jugak
17. Green tea ! Ok. Suma da sedia maklum kan. Mohon cek entry lepas
18. Alah dengan kucing.. sedih. Ina sukaa gila kucing. Taktipu tau. Dulu takde pun alah even lelah. Tp skrang sentuh sikit mulaa la mata gatal merah. Hidung berair. Tp comel sgttt tak boleh tahan. Still ad parut kena cakar kucing dulu dlu.
19. Paling ina takut ular. Mybe sbb mimpi.. orang kata ular ni jin. Hmm geli and so creepyy ! Tak blh. Mcm mne la orang boleh sntuh. Katak pun ina tak suka. Kecik dlu katak pernah msuk dlm kain. Mencik tau..Berkilat bdan dy. Erghh. Memang melompat. Lipas ina ok je. Tp kalu da mula terbang. Hmm ngan ina pun terbang lari.
20. Ina suka bau rumput yang bru lepas potong tu. Segar wehh ! Bau buku.. hmm tenang. Bau duit.. kikiki.

Akhir nya DONE ! sejam jugak nak boleh ke habis fikir facts pasal diri sendiri. Mau sambung study. Tatata
p/s sorry kalau banyak typo. first time update kat phone

Saturday, October 11, 2014

Kenduri NANA

Posted by ina at 9:50 AM 0 comments

Hai hai haii. banyak betol kenduri tahun nie kan ? kali nie... kazen yang sebaya pulak. di ulang... SEBAYA ! omo omo omo. TAHNIAH NANA and husband. terkejut gilaa masa ayah call kata minggu 13/9 Nana nak kawin. so ina nak pi kenduri kakak sebelah lelaki ke nak ikut ayah balik Terengganu ? 
Sius ina tak sangka.. sebab takde dengar khabar berita pun dah bertunang. pandai betol kazen ina sorang nie rahsiakan. huuhuhu. petang khamis after kelas terus pecut balik uma and petang jumaat selamat sampai Ganu.padahal bertolak dah lambat. kereta baru.. so ayah pecut sakan. cepat la sampai cite dia.

selfie with mom

sampai sampai kat uma Maa... kita makan dulu. hihi lapar ~ ina dah la hantuu nasi minyak. tak pandang kanan kiri dah melantak. again tak sempat nak tengok akad nikah. banyak urusan nak diselesaikan dalam 1 hari. dengar cerita 1 kali lafaz aje.so Alhamdulillah 13/9 Nana selamat bertukar status... Moga berbahagia sentiasa.



Pengantin lama sangat tukar baju berdandan.. so kita test ambik gambar atas pelamin sekali. ok tipu berkali kaliii. hihihii. siapa tak suka ambik gambar. korang pelik !



senyuman mami yang menawan



ina pendek or nana yang tinggi ? hmmm pliz say nana yang tinggi mcm model...huhu  Baju tu buat ina look fat and pendek. sius nie.. percaya lahh ~

simple but so nice





harapnya nana suka hadiah tu. ayah teh ngan mak teh kemain pi shopping hadiah and ayah so gedikkk nak ina balut...ayah semangat buat kad nak tepek atas adiah jugak. hmmm ayah.. taktau ke anak mu yang comel nie tak reti balut ? sob sob. maka hadiah tu disaster rupa. sorry :(

Moga nya perkahwinan ini diberkati Allah.. nana jadi isteri solehah and insyaallah ibu yang penyayang. dikurniakan cahaya mata yang comel comel. and mohon cik husband jaga nana molek or i see u in court. kikikiki. tatatatata

Permulaan baru

Posted by ina at 9:07 AM 0 comments
muka budak sekolah asrama

Alhamdulillah .. my new life sudah bermula.sudah sebulan pegang title pelajar degree Law di IIUM.. moga after 4 tahun ina berjaya genggam segulung ijazah. Doa kan ina pleaseeee. sangat sangat cuak. dah tahap tak yakin. mampu kah aku ? undang undang tuu. kau jangan buat main ina. kos yang sangat berat. aihh tiap kali ina jawab soalan kos apa. mesti diaorang kan 'woooww' ternganga. Hellooo jangan buat ina bertambah takut boleh tak ? sob . rasa mcm nak pi pejabat kaunselor je.... untuk dapat kepastian *akandipertimbangkan.

After kenduri kakak kelam kabut packing barang... and seminggu orientasi bermula. Penat ! Bangun pukul 4 pagi habis pukul 11 malam. gilee kan ? huhuhu kaki melecet berdarah sampai sekarang tak baik. huhu. ohh yaa mahallah ina tak jauh sgt dari Aikol tapi... boleh tahan semput la panjat tangga.beratus anak tangga kena panjat sampai kelas lecun habis. huhu

zzzzz.. penat ! choii nyaa membe curi snap. mujur comel. weee



my babe since sek men !



yeayy ! balik bilik. masing muka zero energy. excited  nek bas balik

Senak otak susun subjek.. banyak ! serabut.. perlu ke ambik sub itu ini.. macam tak bernafas tgk full jadual dari pagi sampai petang. say bye to rehat2... kelas lagi... tutorial lagi.. dying ! lagi hari Isnin. sumpah hectic. mcm makin berisi kan ina ? hahaha penat then kita sumbat makanan selagi mampu. masalah :(

go green !

masuk library semata nak aircond. mauhehehe with dear rumet.

thanks fiza sudi melawat.. ke TS ke kita. 

rumah dengan uia ? jauh... sangat sangat. nak balik kena fikir banyak kali jugak la. bas-lrt-ktm jenuhh wehh. uia mcm mne ? erk.. krik krik... indah khabar dari rupa mybe. . huhu tak tipu tauu lagi lagi Aikol punya building. nazakkkk. kat sana ina join Caring Club ! i like ~ insyaallah.. moga ina dapat berbakti kat anak2 yatim.. sekurang nya memberi sedikit kegembiraan kepada mereka. 
kat sini.. mcm mcm ragam lecture ina jumpa. scary the mary pun ada ! yg jenis pilih student tu. habiss la.... dah la ina bukan kaki bodek. waaa. tak sangka.. kawan kawan ? alhamdulillah.. dulu tak rapat.. sekarang tak sangka boleh masuk kepala sekali. moga yang jauh di rapatkan yang dekat makin dirapatkan. dah matang tauu so plizz la no more puak. huhu kelas kadang tak sama so terpksa la jalan sorang2... tp sampai bila nak bergantung kat membe kan ? chill je.. Matrik card ? waaaaa jangan ingat kan ! buruk gile gambar. benci benciiii. tp kan.. no matrik still cun melecun. senang nak ingat tp.. hmm mudah la puak nie nak cek carry mark ke apa. sabar !





Harap sangat ina mampu perform well kat sini... Tunaikan impian mak ayah. Berat nya tanggungjawab. Ina da mula.. so mcm mne pun kena habis kan jugak !
Wish me luck :D

wedding kakak tersayang

Posted by ina at 8:20 AM 0 comments


Entry yang sangat lama tertangguh.. baru ada masa tuk kembali berkongsi cerita. First of all. Tahniah kakak ! yeaa ina ank tunggal tp tak bererti ina tk blh ada kakak kan ? my lovely kazen.... dari dulu and always be my kakak :)
so.. ia bermaksud ina dapat abang ipar ! woowwww. happy :D
setelah sekian lama tiada kenduri kawin and apa yg ina boleh cakap. i soooo excited ! hihi ina memang suka majlis kawin. i means.. kemeriahan tu. sanak saudara berkumpul.. berkerjasama.. bukan senang tau.
hajat di hati untuk sampai terengganu beberapa hari sebelum majlis tp apakan daya.. kita hanya merancang. kereta rosak ! huhuhu terpaksa la bermalam di temerloh pekena ikan patin masak tempoyak. ymm ymm. *sempatlagi.
tapi ina sempat la ikut maksaudara pi shopping barang untuk kenduri.

hasil tuaian di kedai. muahehehe


Gotong royong ! yeahh.. itu kehebatan kenduri di kampung. tak main laa beb katering nie. tak syok tauu. feeling tu kurang. Kebanyakan nya buatan tangan asli.. baju kawin.tentunya pi tempah jahit tp tang jahit manik .. taruk bunga tu Acik yg buat.. hantaran pulak kebanyakan Cikde yang gubah.kecuali coklat tu hasil idea ina Angah dan Maksu..kek tuk pihak lelaki Acik yang bake. meleleh je tengok cheese. makan beradab ramai ramai masak pagi tu sampai tak sempat nak tengok akad nikah. sedih tak terkata... Ralat molek. please nak undurkan masa. Pagi akad nikah perut buat hal.. dah lama sebenarnya perut tak betol. malam tu da cirit sikit tp pagi uh mmg bpe kali ulang alik tandas. aihh kakak... sorry :( padahal ina da janji nak tlg kakak bersiap. *deepcrying. 


gambar yang bikin kecoh. mana satu pengantin ?

tent khas tuk budak bermain. seronok depa. 

comel tempat letak telur tu kan ?. kini dibuka untuk tempahan. kikiki


Muka kakak tak puas hati mybe sebab kena paksa pakai inai. hahaha mcm lawak je.... siap gado bagi 10 sebab kenapa kakak kena pakai inai and 10 sebab why kakak taknak pakai. and... i won ! muahehehe. pelik laa tak pakai inai. aduhai .. kakak memang pelik ! kenduri dia with no makeup. kau ada ? huhu tak pernah dibuat orang. sabarrrr. 

makan beradab

belum apa apa pengantin dah kena buli

mek ni ngamuk taknak pakai gaun krim. nak gaun pink jugak ! mek pink betol

baru tengah hari nie.. alhamdulillah.

turun pangkat :( dari pengapit jadi tukang bungkus makanan sob sob

susah betol nak snap pic cukup ahli. huhu

i do choose this baju.. kikiki nampak mcm sweet warna dia.


tak lengkap kalau ada majlis kawin tak sibuk posing atas pelamin. hihi

for my dear kakak.. perangai molek jadi isteri orang.. jgn la duk buli abg haris sokmo. moga adiah yang ayah teh sefamily bagi mampu memberi manfaat dalam melayari bahtera yang berbeza tu. First menantu dalam family.. Alhamdulillah done ! WELCOME ABG HARIS :D 



t








Friday, October 10, 2014

Raya Haji

Posted by ina at 7:16 AM 0 comments
Selamat malam and HAPPY AIDILADHA guys ! >.<

Let me take a selfie

Macam mana sesi menyembelih lembu ? syok tak ? 
pagi tu boleh la nak pakai cun cun after uh mohon tukar baju unless korang tak sayang baju huhu.
lama ina tak potpet kat sini. terkaku mentar !

ina sius takde feeling hari raya. dengan hidung yang k.o. bersin and ala ala lelah.menambah kan lagi 'esok raya eh?' .makin tambah umur rasa macam makin hilang seronok raya. *feelingtua.
feeling raya tu bangkit bila pagi raya tok kan 'bangun ! lewat doh. dok sempat mayang raya kang' hahaha yeahhh. you know its raya bila tok da ceramah awal pagi suh pi mandi. heee. lub u tok :*
tiap kali raya ina ngn maksu memang kan sampai kat surau tepattt pada waktu nya. kutbah tahun nie tak best. tok imam baca sebijik ikut skrip. haii laaaa...

muka suci dipagi raya




kakak aminah yang so cute with her dress



 first time beraya with abg ipar 



pic nie je dpt kongsi. sbb yg lain maksu sangat seksi


nie la rutin tiap kali raya haji. after solat kelam kabut pi tempat orang nak sembelih. melapah then angkut balik rumah untuk sesi bahagi dalam pastik and edar kan orang. tahun nie... ina tertidur sbb tak larat sangat then alhamdulillah selamat dari jadi tukang hantar daging.  weeeee *teruk,malam baru lah segala sesi selesai. dah nama nya raya so diet ? hooo campak jauh. hihi sup daging ? sate ? nasi minyak ? ymmmm. yang paling istimewa mak long buat nasi arab ! omomomo terbaik. puding laici and kek gula hangus mak alang lagii. perghhh tak terkata. telan selagi mampu. muahehehe.
Nak cakap apa lagi ya ? ohh.. ok cuti hampir berlalu. sedih ! banyak benda tak selesai. terutama asgmnt. grrr.. hmm hmm.
insyaallah dalam usaha tuk update throwback strories. nanti kan ~





 

InaLee Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea